Tuesday 17 January 2017

MERAWAT KULIT AKIBAT SALAH GUNA PRODUK LOKAL, cara mengatasi masalah kulit muka akibat salah pakai produk

MERAWAT KULIT MUKA AKIBAT SALAH PAKAI PRODUK / KESAN MERKURI

Hi semua! Saya menulis blog ini semata-mata untuk menceritakan tentang pengalaman saya merawat muka saya akibat salah pakai produk lokal atau tempatan. Entri saya disini bukanlah untuk mengaibkan produk lokal yang ada di negara kita tetapi saya hanya ingin berkongsi pengalaman pahit menjadi mangsa :( dan juga pengalaman manis iaitu saya dapat balik kulit muka saya yang asal..hehe.

Ini bukan bermakna semua produk lokal tidak bagus untuk kita tapi ingin saya tegaskan disini bahawa sesetengah produk yang mengandungi merkuri atau hydroquinone sahaja yang berbahaya. Kenapa ianya berbahaya? Ianya memberikan kesan seawal 1 minggu untuk kelihatan cerah! Mula-mula memang lah pemilik muka tu happy sebab dapat kulit yang cerah dalam masa 1 minggu je kan yedak? Tapi ianya memberikan kesan yang bahaya untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, produk lokal yang tidak mengandungi sebarang merkuri ini dijamin keselamatan kulit anda daripada terhakis dek kerana merkuri tersebut.

Saya tidak ingin menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa itu merkuri kerana rata-rata yang membaca blog ini mesti sudah membuat research anda sendiri tentang merkuri kan jadi saya tidak ingin mengulang apa yang blogger lain sudah terangkan. (tapi kalau ada yang masih belum tahu anda boleh meninggalkan komen di bawah dan saya akan terangkan mengikut kefahaman saya)

Mari kita mulakan dengan pengalaman saya dahulu!

Saya sebenarnya sudah berjinak-jinak dengan produk lokal ini sejak daripada sekolah menengah dan sekarang saya sudahpun berumur 20 tahun. Sejak dari itu, saya tidak pernah missed untuk memakai produk yang berkenaan(saya sudah mencuba lebih dari 5 produk lokal dan semuanya yang mengandungi merkuri). Kebanyakannya kesan produk lokal ini hanyalah sama belaka jadi kulit saya tiada masalah untuk bertukar produk tapi dengan syarat produk tersebut haruslah mengandungi merkuri. Pelik kan? Hal ini berlaku kerana kulit muka saya sudah terbiasa dengan merkuri dan jika saya tidak menggunakan atau missed untuk sapu night cream pada satu malam sahaja, muka saya akan naik bintik-bintik merah gatal yang berair di hidung, pipi dan juga dagu. Jadi saya tidak berani untuk mengambil risiko meninggalkan krim malam dan terus menggunakannya untuk mengelakkan kulit saya dari timbul kesan-kesan yang buruk itu.

Sehinggalah minggu lepas! Saya telah mendapat ilham untuk STOP atau BERHENTI dari menggunakan produk yang bermerkuri dan sudah bersedia dengan risiko yang bakal dihadapi JENG JENG JENG HEHE..

HARI PERTAMA SAYA!
Saya mendapati bahawa bintik-bintik itu telah muncul dan bermaharajalela di muka saya tapi takdelah teruk sangat memandangkan ianya baru first day kan. Jadi saya pun biarkan aje dan saje je nak tengok sejauh mana muka saya akan mengalami efek buruk tu. Bintik-bintik berair tu hanya tumbuh di tepi-tepi hidung buat hari pertama ini.  




HARI KEDUA!
Nah kau! Saya dah mula berasa takut sebab bintik-bintik berair tu dah mula menjelajah ke tempat bertuah iaitu pipi saya dan bertukar menjadi bengkak-bengkak gatal seakan-akan digigit nyamuk. Saya tak berani nak garu takut lain pula jadinya nanti kan walaupun GATAL nak mampos. Saya biarkan lagi dan manalah tahu kan kot-kot keesokan harinya ia dah mula surut..



HARI KETIGA! 
WEH NI MEMANG MIMPI NGERI. Benda gatal, bengkak, merah dan semuanya lah tu jadi semakin teruk! Saya mula membuat research mengenainya dan telah mencuba cara alami untuk merawat kulit saya ni. Saya telah mencuba kaedah masker iaitu berasaskan kunyit, mentimun, dan beras. Kunyit dan beras saya campur sekali buat masker dan mentimun saya hanya blend kasi hancur then sapu kat muka. 

Dalam gambar tak nampak teruk tapi sebenarnya teruk dari ni..

sapu kunyit iols!

nampak tak bengkak gatal kat tepi dahi tu haih =='
AMARAN! JANGAN USIK! KALAU USIK DIA AKAN BERTUKAR JADI JERAWAT TRUST ME ! IVE EXPERIENCED THIS BEFORE HEHE.

Muka jadi menggerutu hm.


HARI KEEMPAT!  
Bintik-bintik gatal tu telah naik hingga ke dahi. Ini sememangnya NEXT LEVEL sebab saya tak pernah lagi experienced bintik gatal tu kat dahi HAHA. Saya pun buatlah research lagi kan. Dah try masker buat sendiri tu eh tak jadi pulak, jadi saya ambil keputusan untuk ke klinik(klinik biasa je bukan pakar kulit). Apa pulak yang dikatakan oleh doktor tentang masalah muka saya? Hm agak tidak memberansangkan sebab saya memang dari kecil ada masalah sinus dan allergi  dengan debu jadi doktor tu menyangkal penyataan saya bahawa kulit muka saya disebabkan oleh salah pakai produk! Doktor tu cakap muka saya jadi macam tu sebab sinus tu =='. Dalam hati saya masa tu, *mmg nk kena doc ni padahal aku dah explain pnjg lebar kat dia, aku taulah keadaan muka aku ayyy. Dia cakap dia tak pernah lagi jumpa pesakit yang ada masalah kulit disebabkan salah pakai produk. Dalam hati aku lagi, *dah kau doktor biasa bukan doktor kulit HAHA. Tapi salah aku jugak sebab pergi consult dia sob sob. So melayanglah duit RM80++, dia bagi 3 jenis ubat, satu jenis ubat sembur hidung untuk stabilkan saya punya pernafasan(nak kecutkan bengkak dlm hidung), 2 jenis lagi pil tak tahu apa jenis saya makan jelah kan takkan nak membazir pulak haha.

Lepas pergi klinik tu, saya rasa tak effective langsung jadi saya ke watson dan guardian untuk beli barang-barang nak rawat balik muka saya ni. Apakah barang-barang tersebut? 
1. CETAPHIL  2.ORGANIC AID VIT E MOISTURIZING CREAM  3.ORGANIC AID VIT E OIL

Percaya tak dengan menggunakan 3 produk berkenaan sahaja kulit saya dapat pulih day by day? Eh kenalah percaya! INILAH YANG SAYA NAK SHARE NGAN AWAK SEMUA! Kemain panjang lebar saya membebel kata atas tu tapi sekarang baru nak jot down apa yang saya pakai untuk rawat muka saya kan? Terima kasih lah sebab setia membaca sehingga sekarang hahaha.

Jadi lepas beli 3 jenis benda tu kat watson n guardian, balik tu saya terus cuci muka menggunakan cetaphil dan after that sapu moisturizing cream kat muka. Pada malam sebelum tidur pula, saya sapu vit e oil tu semalaman.
inilah rupa vit e oil and moisturizing cream.

HARI KELIMA!
INI SANGAT MELEGAKAN! Saya bangun je pagi tu, saya dapati bahawa bintik-bintik gatal tu telah kering!!! Tapi still lah ada cuma dia just kering which is dah tak berair macam sebelum tu. Saya sangat pasti, VIT E OIL lah yang menyelamatkan kulit saya! VIT E ni merupakan sumber yang bagus untuk merawat kulit muka yang rosak dan sangat bagus untuk parut ya. Hari-hari seterusnya pun saya sapu setiap malam vit e oil tu dan jangan lupa cuci muka guna cetaphil tu dan sebelah pagi pula saya sapu moisturizing cream tu la.

HARI KELAPAN!
Saya terus skip hari-hari sebelum ni ya sebab saya ulangi step di atas tu je dan harini jugak saya dah dapat balik kulit muka saya yang asal. ALHAMDULILLAH. Nampak senang je kan? Padahal saya tengok blog orang lain mereka mengambil masa 1-2 bulan untuk sembuhkan kulit muka mereka. Yelahkan, lain orang lain jenis. Mungkin saya ambil tindakan segera dan tanpa berlengah buat apa yang patut untuk singkirkan merkuri tu dari badan. 


HA MEH SINI NAK CERITA PULAK RUTIN HARIAN SAYA UNTUK SINGKIRKAN MERKURI TU DARI DALAM SALUR DARAH NI HAAAA.
1.     Saya amalkan minum air suam 2-3 liter sehari (toilet akan jadi bestfriend kita waktu tu hehe)
2.    Saya beli green tea dan minum la ya sebab green tea ni merupakan antioxidant so dia dapat buang toksin dalam badan kita(termasuk merkuri sendiri)
3.    Bawang putih! Time makan je, bila nampak bawang putih mmg saya telan sbb bawang putih pun bagus untuk singkirkan merkuri tu.
4.     Bangun pagi dan sebelum tidur! Saya makan supplement iaitu vitamin c 1000g(sebiji) dan malam juga sebiji lagi. Jadi saya makan vit c 2 biji sehari.

Mungkin dengan apa yang saya amalkan di atas ini sedikit sebanyak telah membantu proses perawatan muka saya ni jadi lebih cepat. Jadi pada kawan-kawan saya di luar sana yang mengalami masalah kulit akibat salah pakai produk ni boleh lah try tips2 yang saya dah kongsikan ni. Saya hanya ingin berkongsi sebab saya tahu, ramai yang dah terkena macam saya dan apa salahnya berkongsi benda yang baik kan.
dah kurang kan, muka jadi merah mungkin sebab the healing process tu.

inilah gayanya muka berminyak gara-gara vit e hehe saya sapu seluruh muka! termasuk bawah mata dan bibir sebab saya buat research vit e memang elok utk lingkaran bawah mata dan bibir kusam.


ini gambar hari ketujuh ya bukannya lapan jadi boleh bayangkan tak hari kelapan muka saya lagi better dari ini?


SEKIAN DARIPADA SAYA! JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN JANGAN SEGAN BERTANYA YA HEHE MUAH CIKED!

Oh ya! Kaedah atau tips yang saya beri ni jugak boleh merawat muka yang mengalami masalah seperti berikut:

  • kurangkan jerawat
  • memudarkan semua jenis parut termasuk parut accident!(vit e oil)
  • kecilkan lubang pori di muka
  • hilangkan lingkaran gelap bawah mata
  • hilangkan keradangan kulit(radang kulit ni macam yang saya kena kat atas tu)
  • merawat muka kesan daripada penggunaan produk muka yang salah 
SELAMAT MENCUBA!

UPDATED:
Anyway sesape yang nak tahu i guna produk apa skrg boleh baca kat sini ya https://awomanventures.blogspot.my/2017/07/


63 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. You pakai cetaphil apa? Oily or gentle?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! i pakai cetaphil gentle je sbb muka i x oily pun. anyway boleh i tahu? u salah pakai produk ke? if so, muka u naik jerawat or naik bintik2 gatal?

      Delete
    2. Aah i salah pakai product jugak. Ya, local product huhh! Muka i naik jerawat sekarang. Banyak gila and now i kena tanggung semua parut hitam eeei benci gila. Now i pakai cetaphil gentle but macam kering bila pakai cleanser tu. And i pakai aloe vera. Hmm u breakout tak naik jerawat kan? I tengok tak ada pun jerawat. Hmm boleh ke i pakai vitamin e oil tu utk hilang kan parut? Tapi muka i tengah breakout hmmm

      Delete
    3. - ha dia mcm ni sbenarnya, if u naik bintik2 gatal kat muka sbb product, u pergi klinik terus then dia kasi ubat, dia panggil allergic contact dgn produk muka. after consume ubat tu, terus hilang.
      - ha ah muka i mmg xnaik jerawat, apa u perlu buat stop trus pkai produk tu biar skin u relax dlm masa 1-2 mggu. biar dia heal dlu then bru cari produk lain yang sesuai ngn muka u, xsmestinya stop terus drpd pkai produk sbb kita as an adult mmg kne pkai skincare cuma depends on tht skincare itself samada sesuai ke tak dgn muka kita(ni apa yg doct beritahu i waktu i pergi klinik tu)
      - vit e oil tu, mmg hlgkn parut srs tak tipu sbb haritu adik i cakar muka i smpai darah then terus i sapu then dia hlg mcm tu je. i pun tkejut haha. n i ada baca yg vit e oil ni once u letak kt jerawat dia boleh kecutkn jerawat u

      Delete
    4. Oh ya? Really? I dah "puasa" kan muka hari tu dalam 3 hari je sebab ad yang cakap dua tiga hari dah okay. So i dah stop dalam dua or tiga hari macam tu. lagipun i tak tahan sebb rasa macam berminyak tak cuci muka kan. And now i pakai cetaphil and now i baru nak try aiken toner and moisturizer. Makan masa tak parut u nak hilang? i nak hilang kan all the parut parut hitam ni and jerawat still ada tumbuh. tak apa ke i sapu je vita e oil tu? btw skin type u apa?

      Delete
    5. i pun igt 2-3days dah ckup but then doct ckp mcmtu then i ikut jela, tapi kalau kes i ni, doct suruh i 'cuti' 2 bulan haha. dia bg dia punya cleanser then dia larang i pkai other skincare dlu.
      yaa aiken pun i baca banyak feedback elok, i hampir nak beli haritu tp xbeli lg sbb fikir pergi jumpa doc dlu la bru decide nk bli ke tknk. maybe after 2 months ni i pun nk try aiken.
      makan masa jugak la nk hlgkn parut tapi parut i tu tak tggal kesan dalam pun mcm kne cakar dkt tmpt lain, dia tkde pun jd kudis.
      ok kalau jerawat u teruk sgt, i sarankan u jumpa doct la ckp kat dia u salah pkai produk n jerawat nonstop tumbuh sbb klinik dia ada ubat nk cuci darah dengan surut jerawat ni abg ipar i mkn skrg jerawat takde kulit muka licin gila tp kne byk minum air kosong la sbb bibir pun jd kering mkn ubat tu.
      skin type i normal je, kdg2 berminyak gk haha

      Delete
    6. hello guys. saya baru stop guna local product n nak try pakai cetaphil jugak ni. bella lola, macam mana awak rawat muka you tu? dah okay ke tak sekarang ni

      Delete
  3. Saya pon sama. Saya baca yg local skincare rosakkan muka utk jangka masa panjang nanti. Saya terus pergi beli cetaphil n moisture cream vitamin e. Muka saya naik ruam merah dekat bahagian dahi n pipi.... saya x pergi jumpa dr lagi ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. good move. kalau tak teruk takpe je tak jumpa doc. tapi agak2 kalau berterusan smpai dlm jangka masa yg lama dinasihatkn jumpa doc la ye hehe

      Delete
    2. Awak consult dgn doctor biasa ?

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hi there! yes it is. first step dia kan, u should rest your face for 2 weeks(at least) and jgn pkai produk langsung. masa tu, u tgk ada apa2 jadi tak kat kulit muka u. If takde then Alhamdulillah pastu terus tukar produk yg takde mercuri. Dia sbenarnya bukan semua produk lokal ada merkuri, ada some products yg takde mercury. U boleh kenal pasti from the texture itself dkt night cream tu kalau melekit2 n berpeluh2 time u pkai tu mmg dah sah bahaya! kesan awal tak nmpk sbb it will give long-term punya effects trust me. So bertukarlah sbelum terlmbat haha. And kalau u nak tahu produk lokal apa yg tak contain merkuri just ask okay just in case u nak bertukar produk. hehe

    ReplyDelete
  6. bila berhnti pakai produk lokal muka i naik bintik2 mcm biji ruam tu duhh gatall gilaa . what should i do ? please help me 😭😭 i takut nnti jdi serius plk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Hi good share.. btw.. u kata puasa produk kan.. habis tu masa dalam tmpoh puasa produk tu.. i x blh pakai apa2 ke termasuk cethapil and vit e oil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear. eh tak. puasa produk means tkyh pkai skincare lain. cetaphil takpe sbb ph level dia neutral tak mcm sabun lain dia tak de bahan kimia so u boleh pakai. for vit e oil tu i guna sbb bnde tu yg boleh rawat muka i. now muka i dh okay mcm i cakap kt atas i guna produk tu skrg alhamdulillah okay hehe

      Delete
  8. Hi dear i pun tgh breakouts ni muka i, jerawat nanah naik non stop kat dagu, trn i stress. Smlm i beli trial set cetaphil and mlm i apply vit e cosmoderm tu, okay tak vit e any brands pon? Ur pandangan? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hi there! its okay apa2 brand pun as long as vit e. saranan i jugak, u amik la ubat kat klinik if jerawat nanah tu teruk. doc akn bg ubat sapu so far ok la.

      Delete
  9. saya guna cetaphill lepas berhenti produk tempatan , tapi bintik2 merah naik dan jerawat makin banyak , macamana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes it can happen. kalau teruk sangat, u mintak ubat kat klinik je sbb masa u nak restkan muka u drpd any products tu yang buat muka u naik segala jenis merah2 jerawat semua. healing process mmg mcmtu. u pergi je jumpa doct cakap muka u allergic product. :)

      Delete
  10. Hi dear!thank you for writing this.actually akk pun tgh cari product yg blh neutral kan semula muka akk ni sbb akak tgh pakai satu product yg mengandungi merkuri, so agak takut nak stop.maybe i should try you punya advise so that my skin tak bertukar jadi raksasa..huhu..wish me luck!

    ReplyDelete
  11. Hai sis . Muka sy naik bintik2 kecil gatal laa area atas kening pipi atas mata hidung lepas benti produk mercury . Cmne ye nk redakn bintik2 ni . Risauu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear! sy cadangkan awk brhenti trus produk jgn sesekali try balik sbb once u apply balik, u punya bintik2 tu akan pudar but after u stop lg skali bintik2 tu akan jd makin teruk. klau teruk sgt prgi klinik and cakap kat doct u allergi produk so dia akan bg ubat kat u. bintik2 akan hilang but u kena amalkan jugak tradisional punya cara mcm i tulis kt atas tu :)

      Delete
  12. wow.. perubahan yang ketara... sy pun tengah menjadi mangsa akibat produk kilo ni..boleh try ni... terima kasih utk tips yg anda beri...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Salam.. Awk p klinik biasa je ke dpt ubat tu. ??

    ReplyDelete
  15. Salam.. Awk p klinik biasa ke pakar kulit dpt ubat tu? Sbb sye pun muka naik jerawat gk

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, makin cantik kulitnya. Patutlaa ramai yang suka buat masker vitamin E, memang mujarab rupanya. Nak kene buat jugaklaa ni. Kita [un baru teringat pernah guna organic aid masa sekolah. Now dah lama tinggal kene sapu semula laa.

    ReplyDelete
  17. Hi !boleh ke kalau nak pakai vit e oil tpi jenama lain bukan mcm dlm gmbar tu

    ReplyDelete
  18. Awakkkkkkkkkk... Tq sangattttt.. Sbb baca ni saya terus gi beli vitamin e oil... Muka saya jadi mcm awak sebijik. Then lpas pakai alhamdulillah getting better .Kering biji biji merah tu bersyukur sgt

    ReplyDelete
  19. hai awak, saya baru baca awak punya saranan untuk rawat muka breakout sebab salah pakai produk. muka saya sebijik mcm muka awak, naik bintik2 mcm air bisa n then gatal 2. n now saya dah beli 3 bnda ni. sya nk tnya, skincare apa yang elok erk ? kulit muka sya jenis kering n kusam jugak.

    ReplyDelete
  20. Salam sis.. tq so much.. ruam pd muka sy dah reda skit.. sminggu sy biar muka sy naik ruam n pedih2.. now lega sgt dh jumpe penawar yg organic ni tau

    ReplyDelete
  21. Salam wan boleh k .Umy tanya produk yang wan guna boleh x guna untuk jeragat

    ReplyDelete
  22. Salam awak , sy dah stop pkai skincare glow glowing 4hari , tapi hari keempat tu muka sy naik bintik2 merah kat area hidung, tapi pda masa yg sama sy ada mkn seafood ,lepas sy mkn seafood sy perasan naik bintik2 merah kat area dagu n atas mata, sy keliru sama ada kesan produk atau sy alergik dgn seafood tapi sblum nie sy ok je dgn seafood

    ReplyDelete
  23. Awak pakai elomet beli kt farmasi.. muka sy tk sesuai pakai vit e tu jerawat makin menjadi sbb minyak kut.. lg stu jgn gatal tgn kacau!! Nnti naik lagi bnyk mcm muka sy �� menyesal pegi picit. After two weeks masih aktif tau .. still healing proses so klau apa2 naik kt muka jgn kacau jgn picit. Nnti jd mcm sy

    ReplyDelete
  24. Sy pon sdng mengalami yg sama..ever since lps 2 thn pakai satu prdk ni trs mka jdi breakout ..naik ruam ..mmng btl gtl n berair tpi sy garu .doktor bgi ubt sapu n antibiotik ..lps tu alhmdllh ok cma ny skrng bru je strt pkai smua skin care organic

    ReplyDelete
  25. Actually Your skin type yg jns ap yea πŸ€”

    ReplyDelete
  26. Saya salah pakai produk, tpi bukan produk local. Lepas pakai, muka jdi tegang dan mengelupas 😭 + kedut ! Macam mana ni sis 😭😭

    ReplyDelete
  27. Tq sis..sy pun firstime trslah guna produk...smpai kulit kt bhagian mata sy bengkak merah n radang...1muka pedih gatal n sakit...gara2 bli jenama clinelle white up muka sy jd mcm ni...😭😭😭

    ReplyDelete
  28. hai semua,muka sy sekrang naik bintik merah bnyk gilaa... penuh satu muka,mungkin kesan local product,apa perlu i buat ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis boleh cuba mary kay.coz sa pun sebelum ini mcm tu juga.tpi lpas guna mary kay muka sa dah semakin elok.

      Delete
  29. Wah asli sih, terimakasih banyak untuk informasi dan tips-tipsnyaa! Sangat berguna dan membantuu. Sukses selalu!

    ReplyDelete
  30. Hye dear muka i pun naik bintik bintik mcm ruam prluke i jumpa doc .

    ReplyDelete
  31. Sy juga sdg alami skg..sy baru stop pkai local product. Pstu muka naik ruam, kering, mgelupas n pedih. Mula2 sy try mask aloe vera n moisturizer..muka jd teruk dn mkn pedih kering..pastu beli cleanser brand simple utk kulit sensitive..n skg kulit muka smkin pulih bila konsisten guna moisturizer cetaphil..lps ni i taubat dh xnk guna local product..product i guna tu ialah fjura (i terus terang je )..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak pakai moisutizer brand ap ya ? Sbb muka sya lebih kurang macam awak bila stop local product . Boleh share😊

      Delete
  32. Agak2 berapa lama boleh hilang gejala naik ruam merah gara2 pakai skincare local.tak tahan dah tengok muka naik banyak bintik2 dan gatal.

    ReplyDelete
  33. I pun muka naik ruam guna lokal produk dari organichana, hbs bintik2 muka

    ReplyDelete
  34. akakk muka saya naik merah ii and rasa gatal dkt area bibir .

    ReplyDelete
  35. boleh tak i nak number akak untk leboh detail

    ReplyDelete
  36. Haii sis, I hv a lot of problems.

    ReplyDelete
  37. Sebiji macam awak. Dh try mcm2. Vitam E dh try jgk. Tp kena smpai lebam2 Mata ek. Really I need you 😭😭😭

    ReplyDelete
  38. Dah agak dah.Sy punya dok dok pikir sebab apa.Tp perasan jugak bila xpakai je night cream terus jadi mcm ni.Lepas baca entry u mmg sy dah dpt jawapan.Ramai jugak mcm ni rupanya ya.Haihh..dah boleh dh stop terus skincare local tu.Bertahun dah pakai.Tp kenapa dia lulus KKM ye? ada je no KKM dia.Sy cek pun wujud je nama skincare tu.Pelik.

    ReplyDelete
  39. Saya dah stop produk local and i"ll got better skin after this. Hee.

    ReplyDelete
  40. Since pkp ni muka naik bijj biji. Lepastu gatal sangat. Nak kata jerawat bukan. Bila picit dia tinggalkan kesan hitam. Tak tahu lah salah guna produk ke tak sebab dah setahun lebih guna produk tu. Baru kalini jadi macam ni. Nak stop guna produk ni tapi tak tahu cara. Masa rest skin tak payah guna cleanser langsung selama seminggu ke macam mana?

    ReplyDelete
  41. Since pkp ni muka naik bijj biji. Lepastu gatal sangat. Nak kata jerawat bukan. Bila picit dia tinggalkan kesan hitam. Tak tahu lah salah guna produk ke tak sebab dah setahun lebih guna produk tu. Baru kalini jadi macam ni. Nak stop guna produk ni tapi tak tahu cara. Masa rest skin tak payah guna cleanser langsung selama seminggu ke macam mana?

    ReplyDelete
  42. hye assalamualaikum, sy selama ni tk prnh lagi pkai skincare , lpstu baru ii ni seminggu yg dh lps sy try produk brilliant skin nie , mmg cepat btui muka glowing tapi bila pkai pncuci pedih sgt , first tu ingat kn besa ii ja pedih tu , lpstu bila lama ii muka jd cekang ingatkn bgus la kan sebb muka jd mcm tu , rupa-rupanya , bila di buat research sel dlm kulit wajah melanin tu dh rosak , lps bud research tu dh ragu ii nk pkai ,bermcm ii research sy buat , semua yg jd byk yg btul jd dkt kulit muka. sekrg ni sy dh tinggai produk tu , harini baru masuk hari ke 2 sy tinggai , sebb produk tu menghakis , jd peeling , ya mmg sy pun ad jugk bud research , dea kata peeling ni ni sebb kesan awal nk buang sel kulit mati, tapi sbnrnya dh teruk dh ni menghakis , ..kulit sy skrg ni jd bintik ii merah kecikk je tapi ad air macm ruam ,start tu sy ingat balik mungkin ni ni kesan sebb produk tu ad merkuri , tapi mmg btul pedih sgtttt. sampai tak tahan kulit jd peeling ,cekang mcm tu akhirnya skrg nie sy cuma bg natural kn balik kulit nie dgn masker tomato + madu ,and pkai bedak sejuk balik sebb slma ni pkai bedak sejuk je jd rutin sbnrnya.. baru kemarin cuba masker tu, alhmdulilah makin surut dh , tapi tu la risau hm..

    ReplyDelete
  43. Hai kak,saya dari sarawak,saya ada mslh kulit muka mcm awak,keluar bintik2 halus dan gatal2,skrg saya dh berhnti pakai apa2 produk,saya cuma cuci muka guna sabun mandi yg biji tu.saya dh mati akl nk cari produk untk muka saya,sedih tengk muka mcm tu,kulit saya jenis berminyk jugak lh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berjaya dapatkan kulit sihat selepas breakout teruk. Muka berminyak sgt sebelum ni dan jerawat teruk..saya guna Mary Kay..


      http://www.wasap.my/60189169761

      Delete
  44. Sma LA trok gla pkai local produk brenti ja naik ruam gatal dgn jerawat batu..sedeh gila

    ReplyDelete