Tuesday, 17 January 2017

MERAWAT KULIT AKIBAT SALAH GUNA PRODUK LOKAL, cara mengatasi masalah kulit muka akibat salah pakai produk

MERAWAT KULIT MUKA AKIBAT SALAH PAKAI PRODUK / KESAN MERKURI

Hi semua! Saya menulis blog ini semata-mata untuk menceritakan tentang pengalaman saya merawat muka saya akibat salah pakai produk lokal atau tempatan. Entri saya disini bukanlah untuk mengaibkan produk lokal yang ada di negara kita tetapi saya hanya ingin berkongsi pengalaman pahit menjadi mangsa :( dan juga pengalaman manis iaitu saya dapat balik kulit muka saya yang asal..hehe.

Ini bukan bermakna semua produk lokal tidak bagus untuk kita tapi ingin saya tegaskan disini bahawa sesetengah produk yang mengandungi merkuri atau hydroquinone sahaja yang berbahaya. Kenapa ianya berbahaya? Ianya memberikan kesan seawal 1 minggu untuk kelihatan cerah! Mula-mula memang lah pemilik muka tu happy sebab dapat kulit yang cerah dalam masa 1 minggu je kan yedak? Tapi ianya memberikan kesan yang bahaya untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, produk lokal yang tidak mengandungi sebarang merkuri ini dijamin keselamatan kulit anda daripada terhakis dek kerana merkuri tersebut.

Saya tidak ingin menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa itu merkuri kerana rata-rata yang membaca blog ini mesti sudah membuat research anda sendiri tentang merkuri kan jadi saya tidak ingin mengulang apa yang blogger lain sudah terangkan. (tapi kalau ada yang masih belum tahu anda boleh meninggalkan komen di bawah dan saya akan terangkan mengikut kefahaman saya)

Mari kita mulakan dengan pengalaman saya dahulu!

Saya sebenarnya sudah berjinak-jinak dengan produk lokal ini sejak daripada sekolah menengah dan sekarang saya sudahpun berumur 20 tahun. Sejak dari itu, saya tidak pernah missed untuk memakai produk yang berkenaan(saya sudah mencuba lebih dari 5 produk lokal dan semuanya yang mengandungi merkuri). Kebanyakannya kesan produk lokal ini hanyalah sama belaka jadi kulit saya tiada masalah untuk bertukar produk tapi dengan syarat produk tersebut haruslah mengandungi merkuri. Pelik kan? Hal ini berlaku kerana kulit muka saya sudah terbiasa dengan merkuri dan jika saya tidak menggunakan atau missed untuk sapu night cream pada satu malam sahaja, muka saya akan naik bintik-bintik merah gatal yang berair di hidung, pipi dan juga dagu. Jadi saya tidak berani untuk mengambil risiko meninggalkan krim malam dan terus menggunakannya untuk mengelakkan kulit saya dari timbul kesan-kesan yang buruk itu.

Sehinggalah minggu lepas! Saya telah mendapat ilham untuk STOP atau BERHENTI dari menggunakan produk yang bermerkuri dan sudah bersedia dengan risiko yang bakal dihadapi JENG JENG JENG HEHE..

HARI PERTAMA SAYA!
Saya mendapati bahawa bintik-bintik itu telah muncul dan bermaharajalela di muka saya tapi takdelah teruk sangat memandangkan ianya baru first day kan. Jadi saya pun biarkan aje dan saje je nak tengok sejauh mana muka saya akan mengalami efek buruk tu. Bintik-bintik berair tu hanya tumbuh di tepi-tepi hidung buat hari pertama ini.  




HARI KEDUA!
Nah kau! Saya dah mula berasa takut sebab bintik-bintik berair tu dah mula menjelajah ke tempat bertuah iaitu pipi saya dan bertukar menjadi bengkak-bengkak gatal seakan-akan digigit nyamuk. Saya tak berani nak garu takut lain pula jadinya nanti kan walaupun GATAL nak mampos. Saya biarkan lagi dan manalah tahu kan kot-kot keesokan harinya ia dah mula surut..



HARI KETIGA! 
WEH NI MEMANG MIMPI NGERI. Benda gatal, bengkak, merah dan semuanya lah tu jadi semakin teruk! Saya mula membuat research mengenainya dan telah mencuba cara alami untuk merawat kulit saya ni. Saya telah mencuba kaedah masker iaitu berasaskan kunyit, mentimun, dan beras. Kunyit dan beras saya campur sekali buat masker dan mentimun saya hanya blend kasi hancur then sapu kat muka. 

Dalam gambar tak nampak teruk tapi sebenarnya teruk dari ni..

sapu kunyit iols!

nampak tak bengkak gatal kat tepi dahi tu haih =='
AMARAN! JANGAN USIK! KALAU USIK DIA AKAN BERTUKAR JADI JERAWAT TRUST ME ! IVE EXPERIENCED THIS BEFORE HEHE.

Muka jadi menggerutu hm.


HARI KEEMPAT!  
Bintik-bintik gatal tu telah naik hingga ke dahi. Ini sememangnya NEXT LEVEL sebab saya tak pernah lagi experienced bintik gatal tu kat dahi HAHA. Saya pun buatlah research lagi kan. Dah try masker buat sendiri tu eh tak jadi pulak, jadi saya ambil keputusan untuk ke klinik(klinik biasa je bukan pakar kulit). Apa pulak yang dikatakan oleh doktor tentang masalah muka saya? Hm agak tidak memberansangkan sebab saya memang dari kecil ada masalah sinus dan allergi  dengan debu jadi doktor tu menyangkal penyataan saya bahawa kulit muka saya disebabkan oleh salah pakai produk! Doktor tu cakap muka saya jadi macam tu sebab sinus tu =='. Dalam hati saya masa tu, *mmg nk kena doc ni padahal aku dah explain pnjg lebar kat dia, aku taulah keadaan muka aku ayyy. Dia cakap dia tak pernah lagi jumpa pesakit yang ada masalah kulit disebabkan salah pakai produk. Dalam hati aku lagi, *dah kau doktor biasa bukan doktor kulit HAHA. Tapi salah aku jugak sebab pergi consult dia sob sob. So melayanglah duit RM80++, dia bagi 3 jenis ubat, satu jenis ubat sembur hidung untuk stabilkan saya punya pernafasan(nak kecutkan bengkak dlm hidung), 2 jenis lagi pil tak tahu apa jenis saya makan jelah kan takkan nak membazir pulak haha.

Lepas pergi klinik tu, saya rasa tak effective langsung jadi saya ke watson dan guardian untuk beli barang-barang nak rawat balik muka saya ni. Apakah barang-barang tersebut? 
1. CETAPHIL  2.ORGANIC AID VIT E MOISTURIZING CREAM  3.ORGANIC AID VIT E OIL

Percaya tak dengan menggunakan 3 produk berkenaan sahaja kulit saya dapat pulih day by day? Eh kenalah percaya! INILAH YANG SAYA NAK SHARE NGAN AWAK SEMUA! Kemain panjang lebar saya membebel kata atas tu tapi sekarang baru nak jot down apa yang saya pakai untuk rawat muka saya kan? Terima kasih lah sebab setia membaca sehingga sekarang hahaha.

Jadi lepas beli 3 jenis benda tu kat watson n guardian, balik tu saya terus cuci muka menggunakan cetaphil dan after that sapu moisturizing cream kat muka. Pada malam sebelum tidur pula, saya sapu vit e oil tu semalaman.
inilah rupa vit e oil and moisturizing cream.

HARI KELIMA!
INI SANGAT MELEGAKAN! Saya bangun je pagi tu, saya dapati bahawa bintik-bintik gatal tu telah kering!!! Tapi still lah ada cuma dia just kering which is dah tak berair macam sebelum tu. Saya sangat pasti, VIT E OIL lah yang menyelamatkan kulit saya! VIT E ni merupakan sumber yang bagus untuk merawat kulit muka yang rosak dan sangat bagus untuk parut ya. Hari-hari seterusnya pun saya sapu setiap malam vit e oil tu dan jangan lupa cuci muka guna cetaphil tu dan sebelah pagi pula saya sapu moisturizing cream tu la.

HARI KELAPAN!
Saya terus skip hari-hari sebelum ni ya sebab saya ulangi step di atas tu je dan harini jugak saya dah dapat balik kulit muka saya yang asal. ALHAMDULILLAH. Nampak senang je kan? Padahal saya tengok blog orang lain mereka mengambil masa 1-2 bulan untuk sembuhkan kulit muka mereka. Yelahkan, lain orang lain jenis. Mungkin saya ambil tindakan segera dan tanpa berlengah buat apa yang patut untuk singkirkan merkuri tu dari badan. 


HA MEH SINI NAK CERITA PULAK RUTIN HARIAN SAYA UNTUK SINGKIRKAN MERKURI TU DARI DALAM SALUR DARAH NI HAAAA.
1.     Saya amalkan minum air suam 2-3 liter sehari (toilet akan jadi bestfriend kita waktu tu hehe)
2.    Saya beli green tea dan minum la ya sebab green tea ni merupakan antioxidant so dia dapat buang toksin dalam badan kita(termasuk merkuri sendiri)
3.    Bawang putih! Time makan je, bila nampak bawang putih mmg saya telan sbb bawang putih pun bagus untuk singkirkan merkuri tu.
4.     Bangun pagi dan sebelum tidur! Saya makan supplement iaitu vitamin c 1000g(sebiji) dan malam juga sebiji lagi. Jadi saya makan vit c 2 biji sehari.

Mungkin dengan apa yang saya amalkan di atas ini sedikit sebanyak telah membantu proses perawatan muka saya ni jadi lebih cepat. Jadi pada kawan-kawan saya di luar sana yang mengalami masalah kulit akibat salah pakai produk ni boleh lah try tips2 yang saya dah kongsikan ni. Saya hanya ingin berkongsi sebab saya tahu, ramai yang dah terkena macam saya dan apa salahnya berkongsi benda yang baik kan.
dah kurang kan, muka jadi merah mungkin sebab the healing process tu.

inilah gayanya muka berminyak gara-gara vit e hehe saya sapu seluruh muka! termasuk bawah mata dan bibir sebab saya buat research vit e memang elok utk lingkaran bawah mata dan bibir kusam.


ini gambar hari ketujuh ya bukannya lapan jadi boleh bayangkan tak hari kelapan muka saya lagi better dari ini?


SEKIAN DARIPADA SAYA! JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN JANGAN SEGAN BERTANYA YA HEHE MUAH CIKED!

Oh ya! Kaedah atau tips yang saya beri ni jugak boleh merawat muka yang mengalami masalah seperti berikut:

  • kurangkan jerawat
  • memudarkan semua jenis parut termasuk parut accident!(vit e oil)
  • kecilkan lubang pori di muka
  • hilangkan lingkaran gelap bawah mata
  • hilangkan keradangan kulit(radang kulit ni macam yang saya kena kat atas tu)
  • merawat muka kesan daripada penggunaan produk muka yang salah 
SELAMAT MENCUBA!

UPDATED:
Anyway sesape yang nak tahu i guna produk apa skrg boleh baca kat sini ya https://awomanventures.blogspot.my/2017/07/