Saturday, 25 November 2017

PORT CAFE, BANGI REVIEW, MAKANAN MENARIK.

Hi korang! so kalini nini nak share ngan korang pasal makan-makan pulak. Dah asyik share pasal skincare je? so why not try smthing new utk share ngan korang kan. Alang-alang Nini ni mmg suka makan dan suka try makanan baru dari dlu lagi, Nini akan sediakan post psal makanan pulak. Setuju ke tak setuju? tak setuju sudah...hehe gurau je

Sesiapa yang tengah cari post berkaitan dengan
- makan tengah hari sedap di bangi
- nasi arab bangi
- tempat makan menarik di Bangi
kena lah dengan post nih!

POST HARINI ADALAH BERKENAAN DENGAN PORT CAFE, BANGI!


Port Cafe ni kan, dia mmg selera satu dunia lah! Daripada mknn indon, melayu, arab, mat salleh semua ada. Menu dia pelbagai tau so korang tak payah nk cari kedai mkn jauh2 dah kalau nk mkn mknn pelik2.     

Ni rupa kedai dia kat dalam tau, 

at first Nini igtkan kedai ni macam serve makanan dengan harga yang mahal but then bila tgk menu, wow menarik nasi goreng harga serendah RM4.50 murah je weh.
So anak2 skalian, dont judge a book by its cover ya hehe



NASI MANDY! ARAB MAREYYY !!

wohoho yang ni sumpah first try, dan sangat sedap, I mmg suggest gila2 kat korang kalau rasa nk makan nasi arab, datang lah sini sumpah best lah wei!!



AIR ASAM BOI!

Eh? air pun nak share gambar gak ke? Kenapa Nini share eh? jawapan dia, sedap nak mampos, memula order igtkn datang la dgn colour hijau ke koko ke tapi eh warna putih? Ahh lantaklah tapi bila skali sedut weh??!! FUH SEDAP SELERA TEKAK NINI LAH NI! haha betul ni tak main2 hehe.

NASI AYAM PENYET EKONOMI!

Ni nasi ayam penyet ekonomi, dia ada dua: ekonomi dan special. Yang special tu beza dia ayam kampung dan ada tauhu tak silap Nini. Yang ni pun not bad, tapi mmg tak boleh lawan Nasi Ayam Penyet Pecel Lele Lakulanjaya kat Hentian Bas Kajang lah weh!!

HEHEHE, so sekian sahaja entri Nini pada kali ni. Lupa nak snap gambar menu dia tapi korang boleh search je kat google tu. Banyak ada kat situ. So overall dia Nini mmg suggest korang datang tau! lepas ni Nini nak try western pulak kat situ nampak org meja sebelah order mmg melelehh baqhang 😍😍

OH YA ni details Port Cafe yang Nini dapat:
Alamat: 
No.7-G Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Seksyen 9, Bandar baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.
Contact:
016 555 6020
Open from:
11am to 11pm

Thursday, 6 July 2017

PRODUK yang dapat membantu merawat kesan salah pakai produk merkuri. PRODUK MUKA YANG SELAMAT DIGUNAKAN, TAKDE MERKURI DAN 100% BERKESAN.

Hi guys! Saya kembali lagi lepas share sedikit sebanyak tentang cara-cara saya menangani muka saya yang terkena kesan merkuri tu kan. So here again, the objective of my writing for today ialah saya nak share PRODUK MUKA YANG SELAMAT DIGUNAKAN, TAKDE MERKURI DAN 100% BERKESAN. 

Sebenarnya, haritu lepas saya try vitamin e semua tu dia berkesan tapi kesan dia macam tak memberangsangkan sangat, bintik2 tu sekali skala akan muncul jugak. So saya seriously macam buntu lah kan, sape je tak runsing kalau kulit muka kita yang HELOK tetiba jadi menggerutu!! Saya dah lama puasa produk dan lama gila tak pakai apa2 produk kecantikan kat muka ni. so saya tetibe rasa nak pakai balik produk muka. 


At first saya try bio essence yang tanaka double whitening tu sebab ye lah kan, nak cepat putih katakan so apa lagi try la yang tu. Hm minta maaf la ye, tak berkesan pulak produk tu kat muka saya ni. Mungkin kulit sy tak sesuai dgn produk tu sbb bila pkai dia punya toner tu naik bintik kecik halus mulus gitu tapi tak nampak sgt pun, but still lah kan TAKUT! So terus stop pakai.


After saya stop, ada relative sy yg recommend produk ROYAL RADIANCE WHITENING BOOSTER SKIN CARE. Sebab dia dah tahu yang muka saya ni dah kena kesan merkuri yang truk tu dan dia tahu dulu my face used to be flawless lah kata kooo so dia mcm sedih la muka saya skrg kusam ahhahhahaahha =='. Dia cakap produk ni produk baru nak naik so mcm tak dikenali sangat but then i still want to give it a try. Dia pun baru guna like 2weeks and dia cakap kesan dia da bomb! and yang yg paling penting bila dia stop pkai skejap takde kesan pape so it really shows that the product have no mercury. 

Saya pun apa lagi! mintak la numb yang menjual produk tu eihhh. ( 010 669 1717 *ni numb dia kalau korang nak try jugak contact la akak tu pun sopan gila i suka! ) Nak dipendekkan cerita barang sampai la kat rumah! fuh wehh kotak dia lawa gilaaaa, dia punya packaging sumpah tak macam produk lain. me loike!!! 

ni kotak dia i dapat trus snap huhu

Okay dh la tu cite psal packaging pe semua kan? sebab i nak fokuskan dekat kesan dia jerrrr hahaha. So smpai je i trus guna la, kat dalam kotak tu ada pencuci muka dengan bio magic cream. Pencuci muka dia mmg best gila weiiiiii lembut je then pencuci muka dia warna hijau sebab ingredient dia ada stem cell. Ce cakap sikit sape je yang tak suka stem cell??? awet muda ciott hahhaha. Pencuci muka dia jugak boleh tanggalkan mekap dgn mudah, sekali basuhan je makeup dah tanggal dah so takdela membazir sgt kan? SO OVERALL I SUKA GILA PENCUCI MUKA DIA, before this i guna cetaphil kan so kena pulak pada masanya i punya cetaphil dah habis so smbung la guna pncuci muka ni. So far so good sbb pncuci muka ni dia takde la berbuih sgt mcm pncuci muka lain so i mmg percaya la kualiti pencuci muka ni sgt dijamin!

ni pulak dlm dia, yang botol tu cleanser and petak tu bio magic cream.

Habis cite psal pncuci muka dia, skrg i nak cite pasal magic cream dia tu. magic cream tu dia siang malam boleh pakai, tekstur dia mcm lotion je bukan mcm produk lokal yang lain ya akak adik mak abang! tak melekit2 mcm yg biasa sy guna dlu. Dia jugak cepat meresap once you apply. dan yang paling penting tak berpeluh lepas pakai. NI MMG BUKTI YANG PRODUK NI TAKDE MERKURI WEH!
ni texture diamcm lotion je kan?


 After 2 weeks i pakai produk muka ni kan, apa yang i perasan muka i mmg lembab je setiap masa and tak kusam. bahagian tak kusam tu bukan i yang cakap ya, tapi family2 yang jumpa jarang2 tu tetibe tegur muka i macam ada nurrr gitu cewahhh! ahaha, i tak prasan gak mula2 tapi lama2 ramai pulak yg tegur so i pun apa lagi, assume muka i ni dah tak kusam lah! ceria semacam weh ahahha. So i mungkin akan stick to this product as long as product ni still continuing. I bukan apa, i macam trauma nak try produk lokal ni sbb merkuri lah sumpah i takut dah taknak dah weh. 


So moral of the story, i strongly recommend this product utk those yang ada masalah dengan produk lokal and dah terkena kesan buruk tu. Try la produk ni weh ALHAMDULILLAH BERKESAN. Saya bukan apa, nak tolong rakan2 seperjuangan yang nak pulihkan muka diorang ni. Benda baik saya share, benda buruk pun saya share so that rakan2 dapat benefits yang sama dgn saya and aware dgn kesan2 buruk yang mungkin akan berlaku dkt awak2 semua ni.


Oh ya sbelum saya lupa harga produk ni rm120 sekotak *tgk harga pun dah tahu produk ni bukan calang2 jika nak dibandingkan dgn produk lain yg harga nya rm50 satu set haha. saya masa tu dah tak kisah mahal dah, asalkan muka saya kembali macam dulu2 tu. Waktu saya beli haritu dia tgh buat promo ramadhan so dapatla rm100 sekotak skrg saya tak tahu dia ada buat diskaun ke tak, so CONTACT LA 010 669 1717 kalau nak tahu lbih lanjut. Diorang pun ada share testimoni waktu saya tgh tanya2 sbelum beli tu. 


Saya harap dgn entri saya kali ni dapat cerahkan peluang hakak2 nak jadi cantikk mcm awek korea hahahha gurau jekk, mcm fazura sudah hahahaa.
tgk la muka i skrg siap glowing lagi HAHAHUHUU

SEKIAN TERIMA KASIH!

Tuesday, 17 January 2017

MERAWAT KULIT AKIBAT SALAH GUNA PRODUK LOKAL, cara mengatasi masalah kulit muka akibat salah pakai produk

MERAWAT KULIT MUKA AKIBAT SALAH PAKAI PRODUK / KESAN MERKURI

Hi semua! Saya menulis blog ini semata-mata untuk menceritakan tentang pengalaman saya merawat muka saya akibat salah pakai produk lokal atau tempatan. Entri saya disini bukanlah untuk mengaibkan produk lokal yang ada di negara kita tetapi saya hanya ingin berkongsi pengalaman pahit menjadi mangsa :( dan juga pengalaman manis iaitu saya dapat balik kulit muka saya yang asal..hehe.

Ini bukan bermakna semua produk lokal tidak bagus untuk kita tapi ingin saya tegaskan disini bahawa sesetengah produk yang mengandungi merkuri atau hydroquinone sahaja yang berbahaya. Kenapa ianya berbahaya? Ianya memberikan kesan seawal 1 minggu untuk kelihatan cerah! Mula-mula memang lah pemilik muka tu happy sebab dapat kulit yang cerah dalam masa 1 minggu je kan yedak? Tapi ianya memberikan kesan yang bahaya untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, produk lokal yang tidak mengandungi sebarang merkuri ini dijamin keselamatan kulit anda daripada terhakis dek kerana merkuri tersebut.

Saya tidak ingin menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa itu merkuri kerana rata-rata yang membaca blog ini mesti sudah membuat research anda sendiri tentang merkuri kan jadi saya tidak ingin mengulang apa yang blogger lain sudah terangkan. (tapi kalau ada yang masih belum tahu anda boleh meninggalkan komen di bawah dan saya akan terangkan mengikut kefahaman saya)

Mari kita mulakan dengan pengalaman saya dahulu!

Saya sebenarnya sudah berjinak-jinak dengan produk lokal ini sejak daripada sekolah menengah dan sekarang saya sudahpun berumur 20 tahun. Sejak dari itu, saya tidak pernah missed untuk memakai produk yang berkenaan(saya sudah mencuba lebih dari 5 produk lokal dan semuanya yang mengandungi merkuri). Kebanyakannya kesan produk lokal ini hanyalah sama belaka jadi kulit saya tiada masalah untuk bertukar produk tapi dengan syarat produk tersebut haruslah mengandungi merkuri. Pelik kan? Hal ini berlaku kerana kulit muka saya sudah terbiasa dengan merkuri dan jika saya tidak menggunakan atau missed untuk sapu night cream pada satu malam sahaja, muka saya akan naik bintik-bintik merah gatal yang berair di hidung, pipi dan juga dagu. Jadi saya tidak berani untuk mengambil risiko meninggalkan krim malam dan terus menggunakannya untuk mengelakkan kulit saya dari timbul kesan-kesan yang buruk itu.

Sehinggalah minggu lepas! Saya telah mendapat ilham untuk STOP atau BERHENTI dari menggunakan produk yang bermerkuri dan sudah bersedia dengan risiko yang bakal dihadapi JENG JENG JENG HEHE..

HARI PERTAMA SAYA!
Saya mendapati bahawa bintik-bintik itu telah muncul dan bermaharajalela di muka saya tapi takdelah teruk sangat memandangkan ianya baru first day kan. Jadi saya pun biarkan aje dan saje je nak tengok sejauh mana muka saya akan mengalami efek buruk tu. Bintik-bintik berair tu hanya tumbuh di tepi-tepi hidung buat hari pertama ini.  




HARI KEDUA!
Nah kau! Saya dah mula berasa takut sebab bintik-bintik berair tu dah mula menjelajah ke tempat bertuah iaitu pipi saya dan bertukar menjadi bengkak-bengkak gatal seakan-akan digigit nyamuk. Saya tak berani nak garu takut lain pula jadinya nanti kan walaupun GATAL nak mampos. Saya biarkan lagi dan manalah tahu kan kot-kot keesokan harinya ia dah mula surut..



HARI KETIGA! 
WEH NI MEMANG MIMPI NGERI. Benda gatal, bengkak, merah dan semuanya lah tu jadi semakin teruk! Saya mula membuat research mengenainya dan telah mencuba cara alami untuk merawat kulit saya ni. Saya telah mencuba kaedah masker iaitu berasaskan kunyit, mentimun, dan beras. Kunyit dan beras saya campur sekali buat masker dan mentimun saya hanya blend kasi hancur then sapu kat muka. 

Dalam gambar tak nampak teruk tapi sebenarnya teruk dari ni..

sapu kunyit iols!

nampak tak bengkak gatal kat tepi dahi tu haih =='
AMARAN! JANGAN USIK! KALAU USIK DIA AKAN BERTUKAR JADI JERAWAT TRUST ME ! IVE EXPERIENCED THIS BEFORE HEHE.

Muka jadi menggerutu hm.


HARI KEEMPAT!  
Bintik-bintik gatal tu telah naik hingga ke dahi. Ini sememangnya NEXT LEVEL sebab saya tak pernah lagi experienced bintik gatal tu kat dahi HAHA. Saya pun buatlah research lagi kan. Dah try masker buat sendiri tu eh tak jadi pulak, jadi saya ambil keputusan untuk ke klinik(klinik biasa je bukan pakar kulit). Apa pulak yang dikatakan oleh doktor tentang masalah muka saya? Hm agak tidak memberansangkan sebab saya memang dari kecil ada masalah sinus dan allergi  dengan debu jadi doktor tu menyangkal penyataan saya bahawa kulit muka saya disebabkan oleh salah pakai produk! Doktor tu cakap muka saya jadi macam tu sebab sinus tu =='. Dalam hati saya masa tu, *mmg nk kena doc ni padahal aku dah explain pnjg lebar kat dia, aku taulah keadaan muka aku ayyy. Dia cakap dia tak pernah lagi jumpa pesakit yang ada masalah kulit disebabkan salah pakai produk. Dalam hati aku lagi, *dah kau doktor biasa bukan doktor kulit HAHA. Tapi salah aku jugak sebab pergi consult dia sob sob. So melayanglah duit RM80++, dia bagi 3 jenis ubat, satu jenis ubat sembur hidung untuk stabilkan saya punya pernafasan(nak kecutkan bengkak dlm hidung), 2 jenis lagi pil tak tahu apa jenis saya makan jelah kan takkan nak membazir pulak haha.

Lepas pergi klinik tu, saya rasa tak effective langsung jadi saya ke watson dan guardian untuk beli barang-barang nak rawat balik muka saya ni. Apakah barang-barang tersebut? 
1. CETAPHIL  2.ORGANIC AID VIT E MOISTURIZING CREAM  3.ORGANIC AID VIT E OIL

Percaya tak dengan menggunakan 3 produk berkenaan sahaja kulit saya dapat pulih day by day? Eh kenalah percaya! INILAH YANG SAYA NAK SHARE NGAN AWAK SEMUA! Kemain panjang lebar saya membebel kata atas tu tapi sekarang baru nak jot down apa yang saya pakai untuk rawat muka saya kan? Terima kasih lah sebab setia membaca sehingga sekarang hahaha.

Jadi lepas beli 3 jenis benda tu kat watson n guardian, balik tu saya terus cuci muka menggunakan cetaphil dan after that sapu moisturizing cream kat muka. Pada malam sebelum tidur pula, saya sapu vit e oil tu semalaman.
inilah rupa vit e oil and moisturizing cream.

HARI KELIMA!
INI SANGAT MELEGAKAN! Saya bangun je pagi tu, saya dapati bahawa bintik-bintik gatal tu telah kering!!! Tapi still lah ada cuma dia just kering which is dah tak berair macam sebelum tu. Saya sangat pasti, VIT E OIL lah yang menyelamatkan kulit saya! VIT E ni merupakan sumber yang bagus untuk merawat kulit muka yang rosak dan sangat bagus untuk parut ya. Hari-hari seterusnya pun saya sapu setiap malam vit e oil tu dan jangan lupa cuci muka guna cetaphil tu dan sebelah pagi pula saya sapu moisturizing cream tu la.

HARI KELAPAN!
Saya terus skip hari-hari sebelum ni ya sebab saya ulangi step di atas tu je dan harini jugak saya dah dapat balik kulit muka saya yang asal. ALHAMDULILLAH. Nampak senang je kan? Padahal saya tengok blog orang lain mereka mengambil masa 1-2 bulan untuk sembuhkan kulit muka mereka. Yelahkan, lain orang lain jenis. Mungkin saya ambil tindakan segera dan tanpa berlengah buat apa yang patut untuk singkirkan merkuri tu dari badan. 


HA MEH SINI NAK CERITA PULAK RUTIN HARIAN SAYA UNTUK SINGKIRKAN MERKURI TU DARI DALAM SALUR DARAH NI HAAAA.
1.     Saya amalkan minum air suam 2-3 liter sehari (toilet akan jadi bestfriend kita waktu tu hehe)
2.    Saya beli green tea dan minum la ya sebab green tea ni merupakan antioxidant so dia dapat buang toksin dalam badan kita(termasuk merkuri sendiri)
3.    Bawang putih! Time makan je, bila nampak bawang putih mmg saya telan sbb bawang putih pun bagus untuk singkirkan merkuri tu.
4.     Bangun pagi dan sebelum tidur! Saya makan supplement iaitu vitamin c 1000g(sebiji) dan malam juga sebiji lagi. Jadi saya makan vit c 2 biji sehari.

Mungkin dengan apa yang saya amalkan di atas ini sedikit sebanyak telah membantu proses perawatan muka saya ni jadi lebih cepat. Jadi pada kawan-kawan saya di luar sana yang mengalami masalah kulit akibat salah pakai produk ni boleh lah try tips2 yang saya dah kongsikan ni. Saya hanya ingin berkongsi sebab saya tahu, ramai yang dah terkena macam saya dan apa salahnya berkongsi benda yang baik kan.
dah kurang kan, muka jadi merah mungkin sebab the healing process tu.

inilah gayanya muka berminyak gara-gara vit e hehe saya sapu seluruh muka! termasuk bawah mata dan bibir sebab saya buat research vit e memang elok utk lingkaran bawah mata dan bibir kusam.


ini gambar hari ketujuh ya bukannya lapan jadi boleh bayangkan tak hari kelapan muka saya lagi better dari ini?


SEKIAN DARIPADA SAYA! JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN JANGAN SEGAN BERTANYA YA HEHE MUAH CIKED!

Oh ya! Kaedah atau tips yang saya beri ni jugak boleh merawat muka yang mengalami masalah seperti berikut:

  • kurangkan jerawat
  • memudarkan semua jenis parut termasuk parut accident!(vit e oil)
  • kecilkan lubang pori di muka
  • hilangkan lingkaran gelap bawah mata
  • hilangkan keradangan kulit(radang kulit ni macam yang saya kena kat atas tu)
  • merawat muka kesan daripada penggunaan produk muka yang salah 
SELAMAT MENCUBA!

UPDATED:
Anyway sesape yang nak tahu i guna produk apa skrg boleh baca kat sini ya https://awomanventures.blogspot.my/2017/07/